WELCOME TO NFAHMI BINA DESIGN
Create Your Dreams Come True

PERKHIDMATAN KAMI
PELAN RUMAH / UBAH SUAI RUMAH
NFahmi Bina Design merupakan syarikat Bumiputera yang membantu merealisasikan IMPIAN anda untuk memiliki RUMAH IDAMAN, “Rumahku Syurgaku" dengan harga yang murah dan mampu milik
Perkhidmatan yang disediakan seperti:
1. Merekabentuk & Melukis pelan rumah untuk pembinaan baharu / ubahsuai.
2. Melukis lukisan 3D / Perspective View daripelan rumah yang dicadangkan (jika perlu)
3. Memproses pelan (arkitek) ke Pihak Berkuasa Tempatan

1- PROSES MENGUMPUL MAKLUMAT
Anda perlu menyediakan maklumat yang lengkap tentang apa yang dikehendaki di dalam membina rumah idaman seperti :-
a) Saiz tanah serta lokasi Rumah Idaman anda yang akan dibina.
b) Keperluan ruang-ruang serta bilik-bilik yang anda ingin cadangkan. Anda boleh menjadikan rekabentuk serta pelan rumah dalam blog kami sebagai rujukan.
c) Anggaran kos pembinaan anda yang berdasarkan sumber kewangan simpanan atau pinjaman.

2- PERKHIDMATAN REKABENTUK
Kami amat berbesar hati jika anda menghubungi kami untuk berbincang mengenai konsep rekabentuk serta berkongsi idea dan maklumat supaya kami boleh melaksanakan kerja-kerja perundingan rekabentuk yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet anda.
Setiap reka bentuk yang kami hasilkan akan merealisasikan konsep RUMAH IDAMAN, “Rumahku Syurgaku”.
Antara perkhidmatan rekabentuk yang kami mampu laksanakan untuk anda adalah seperti :-
a) BANGUNAN SESEBUAH rumah banglo, pusat pendidikan, kilang, kedai dan pusat perniagaan di atas tanah lot yang bersesuaian.
b) UBAHSUAI & TAMBAHAN rumah, pusat pendidikan kilang, kedai dan pusat perniagaan di tanah lot atau pemaju.

3- PERKHIDMATAN MELUKIS PELAN RUMAH
Setelah reka bentuk yang dicadangkan dipersetujui, seterusnya kami akan membantu anda untuk menyediakan lukisan-lukisan sama ada untuk keperluan kelulusan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, untuk pembinaan, insuran dan pinjaman.
a) Lukisan Arkitek
- pelan susunatur ruang (layout plan)
- pelan pembinaan (construction
drawing)
- pelan siap bina (as built plan)
- pelan terukur (measured drawing)
- pelan perabot (furniture plan)
b) Lukisan Struktur
- pelan stuktur konkrit tetulang
(R.C. plan)
- pelan struktur keluli (steelwork plan)
c) Lukisan Elektrikal
- pelan elektrikal (electrical layout /
wiring diagram)
- pelan lampu (lighting plan)
d) Lukisan Mekanikal
- pelan susunatur & butiran penghawa
dingin (air conditioning layout &
details)
- pelan susunatur & butiran sistem
cegah kebocoran (fire protection
services layout & details)
- pelan paip bekalan air (water supply
plumbing plan & details)
- pelan paip pembentungan (sanitary
plumbing plan & details)
e) Lukisan Awam
- pelan & butiran kerja tanah
(earthwork & details)
- pelan & butiran jalan dan longkang
(road & drainage plan & details)
- pelan & butiran bekalan air (water
supply plan & details)
- pelan & butiran paip pembentungan
(severage plan & details)